![]() |
![]() |
![]() |
sksetapak.zoom-a.com |
![]() |
![]() |
SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK Jalan Chan Chin Mooi Off Jalan Pahang Tel : 0340236401, Faks : 0340236401 e-mel : sksetapak@zoom-a.com |
|||
![]() |
| LAMAN UTAMA | KATA-KATA ALUAN | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | |
AKTIVITI SK SETAPAK DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN Pada 1 Julai 2010(Khamis) yang lalu, pihak Sk Setapak telah mengadakan demonstrasi siri memadam kebakaran yang diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Pihak sekolah telah menjemput pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Setapak untuk memberikan penerangan tentang langkah-langkah yang betul untuk memadam kebakaran. Aktiviti ini adalah anjuran Jawatankuasa Bencana Alam Sekolah di bawah Unit HEM. Aktiviti dimulakan dengan membunyikan loceng kecemasan untuk melihat respon guru di kelas tentang aspek keselamatan murid sewaktu kecemasan. Selepas murid beratur dan turun ke dataran, kedatangan diambil bagi memastikan tiada murid yang tercicir di kelas. Aktiviti diteruskan dengan demonstrasi oleh pihak bomba tentang penggunaan alat pemadam kebakaran CO2 dan debu untuk memadam kebakaran yanng berpunca dari minyak. Demonstrasi ini turut dsertai oleh guru dengan tunjuk ajar pihak bomba tentang cara menggunanakan peralatan tersebut. Sesi diakhiri dengan pameran kenderaan dan peralatan menyelamat bomba yang dibawa khusus dari Balai Setapak. Murid juga berpeluang mendengar ceramah dan bersoal jawab dengan pegawai bomba berkaitan aspek keselamatan ketika kecemasan dan kebakaran. Sesi penerangan oleh pegawai bomba
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |